Monday, February 25, 2019

Kedai Tshirt Printing Murah - RM15/sehelai ( Baju Siap Print )


Assalammualaikum...Alhamdullilah Jumpa lagi kite ye....


Seperti yang di janjikan, hari tu Zuyyin ade tulis tentang kat mana zuyyin tempah tshirt Familyday tu kan...


Mesti ade yang tertanya-tanya..
Beli kat mana? Berapa Harga? Color ape yang ada? Design kene caj tak? Minima order berapa?


erh.. erh.. erh.. banyak pulak soalan  nye.. hihihi...
Takpe, zuyin bagi detail lengkap nanti yeee.


1. Baju-baju sedondon ni Zuyyin order dekat Zass Printing korang boleh tgk Page dia dekat link yang Zuyyin serta kan ni. https://www.facebook.com/acniglobalresources/?ref=aymt_homepage_panel&eid=ARCqeC_wl8RKyiLsEzYsocIM64-WNa4Ck6DTF8UuwfFACVHEx3MFtvfnoZ2hHClcNX-YJEcaflqlSTY5


2. Harga dia, mmg paling murah la Zuyyin jumpa RM15/sehelai SIAP DESIGN OKEYY...


3. Minima Order harus la ade.. tapi paling rendah la setakat ni yang jumpa...
Minima order dia 10 helai je... 

So klu Family korang 10-12 orang tu lepas dah la minima order dia.. Boleh dah order...
Tak perlu tunggu minima order 20 atau 30 helai... banyakk tuuu...


4. Tentang Design, FREE SAHAJA. Tak caya kan???
Design dari Zass Printing pun lawa-lawa beb... Atau kalau ade design sendiri email je kat Staff dorng. Bulat2 dia boleh buat design yang di bagi tu...


5. Proses dia bagitau haritu dalam 7-10 hari bekerja..

So boleh rancang awal la...takde la kalut sangat mcm kes kami hari tu. Hari tu kami nak urgent, nasib baik Team Zass Printing tetap terima.
Cume ade terma & syarat la... Untuk Baju Zuyyin ade extra caj untuk URGENT la...
Tp ok la dari tmpt lain yang tolak mentah2 tak nak buat dlm masa 2-3 hari.
Nanti Zuyyin share kan antara design yang dia bagi hari tu.. Lawa-lawa & menarik..


Ni Pilihan Color yang Ada.. Semua Color Ada..
Pilih je... Pasal Saiz Korng kena wasap Team Zass Printing ..

Boleh Amik no dekat Page dia















So, Selamat Menjamu mata la ye..


Zuyyin sharing ape yang termampu je laa...
Daaaaaaa !!!!





Thursday, February 21, 2019

Tips Perancangan Family Day Yang Pertama Kali ( Simple & Havoc )

Assalammmualaikum,

Hari ni Zuyyin nak bg tips sikit. Tips bagi sesiapa yang nak merancang FamilyDay yang simple, tapi dalam masa yang sama SANGAT HAVOC. 
Family Pun Happy.
Sebenarnya apa yang penting adalah "FAMILY BONDING TIME". 
Sebab nya, waktu macam ni la yang susah nak dapat.. 
Yang takkan mungkin boleh dapat dalam setiap hari-hari kita. 
Mungkin ade setengah orang, tak tau nak rancang macam mana. 
Ye la bukan senang nak handle all of Family. Masing2 ade peel masing2. 
Ada yang jenis kepala angin, kepala batu, kepala hotak kooo... hahahaha.. 
Taaaaapi pasal peel tu kita letak tepi. Kite redah je...
Ok tak nak bebel pepanjang, sbb zuyyin ni kalau dia bagi keyboard dan masa depan mata, mmg lupe anak & suami... hehehheheeeee



TIPS PERTAMA KALI NAK RANCANG FAMILY



1. SET DATE 

( kalau boleh korang cari la waktu yang memudahkan semua pihak. 

Contoh mcm jumaat sabtu ahad )


2. SET TEMPAT 
( tempat ni korang pilih la ikut kesesuaian. Contoh klu family ade ank kecik, tak kan la nak buat kat kawasan sungai... so cari tempat yang budak2 pun boleh enjoy. Atok nenek boleh duduk relax smbil tgk cucu2 berkejaran... ) 

Kalau zuyyin suka pilih Beach... Kalau ade rezeki lebih, dpt cri private beach lg best..  boleh buat aktiviti ikut sukati kita.Contoh nye boleh buat sukaneka anak2. Game bola anak & ayah.


3. SET PENGINAPAN.

( Penginapan ni kalau nak Budjed korng boleh sewa Homestay,1 rumah, duduk ramai2 berkumpul 1 rumah.. Seronok juga tuuu... Bila nak kemana2 bergerak serentak..Kalau penginapan asing2 ni, nnt yang jenis kepala angin, dibuatnye tak nak join aktiviti.. dia nak duk bilik jee.... parahhh.. hahahahaa..


 Kos penginpan ni nanti korang share la ikut family...contoh 1 rumah rm300/1 mlm.. amk 2 malam = rm600contoh lagiii, korang ade 5 beradik, bahagi kan la rm600 / 5 org = RM120/1 family.. kan ke jimatttt...

4. SET AKTIVITI

( Korang buat la jadual sikit2.. supaya perancangan untuk aktiviti ni berjalan seperti yang di rancang...
Ye la.. kite nak uruskan Family ni x sama macam uruskan keluarga kecil. )


Day 1
Check in - aktiviti bebas


Day 2
  • Breakfast
  • Aktiviti ( korang set la aktiviti yang sesuai ikut family korng.. Kalau ramai anak2 yang tengah membesar, buat la aktiviti untuk anak2. Kalau ramai anak2 muda belia boleh buat aktiviti lasak sikit untuk dorng. Kalau ibu ayah yang sporting buat juga aktiviti untuk ibu ayah. )
  • Lunch ( masak2 kat homstay atau BBQ  )
  • Jalan2 atau buat aktiviti bersama atau Set untuk Dinner ( BBQ )
  • Solat Magrib & Dinner


Day 3
  • Breakfast
  • Aktiviti Bebas Bersama
  • Bergambar beramai2
  • Check Out 

Percaya la, sikit sebanyak Family Day tu jadi Kenangan Terindah.

Hari raya pun tak boleh lawan keseronokan suasana Familyday ni. 

Ikatan Silaturrahim terjaga, masalah negara pun boleh lupa.

Ok la,..kat sini Zuyyin nak tunjuk sikit Percutian FamilyDay yang kami tak plan sangat pun nak buat. 

Kebetulan je, sbb ada abang ipar zuyyin yang suka sangat memukat. 

So yang lain turut join... dalam tak sedar hampir kesemua Family nak join sama.
Maka Terjadilah FamilyDay kami...

Ni Gambar dekat Homstay Bagan Lalang. Masing2 muka tak mandi.. bangun tido kepala tu fikir nak mandi laut je.. pagi2 kami dah turun ke laut.. sbb nnt panas.. budak2 tak dapat mandi lama.



Warming Up dulu... sebab dorng ada yang baru bangun tido, jadi kita bagi dorng semangat sikit.. coach tu pakcik makcik dorng.. hehehehe





Ni Kami buat Lumba Lari, itu yang paling cost... jumpa kayu ranting, terus buat garisan untuk budak2 ni...




Ni team bapak2 lepak.. borak masa depan pembangunan Negara.. hahahahaaAda Gaya Model Majalah Menggo tak???





Ni waktu malam, kitorng beli barang mentah kat kedai berhampiran.. 

Collect2 juga tau nii...



Ni Surprise Birday untuk Bulan December haritu.. 3 orang Family yang sambut, so kita buat sekali...

Terima kasih Sudi membaca.
Next Zuyyin akan cerita kan mana dapat baju2 sedondon tuuuu... tunggguuuuuu!!!


Wednesday, February 20, 2019

Assalammualaikum. Welcome to my blog.

Salam Perkenalan. Nama sy Nor Hazliza Bt Hussin, 
ibu kepada 3 cahaya mata. Insyallah cukupla setakat ini rezeki Allah bagi. 

1st Time sebenarnye buat blog ni.,. harapnya suatu hari nanti saya berjaya jadi bloggers termasyur.. Wahhh...blm ape2 dah berangan.... angan2 tak salah kan??? 

Dari mana dapat nama Zuyyin tu ? Nama tu sempena nama only one of my daughters Nur Aisy Zuyyin..
Apa maksud dia? 
Maksud nye 
Nur Aisy Zuyyin = Cahaya - Kemakmuran Hidup - Dijadikan Indah.
Dengan Harapan, Blog ni pun seindah Nama Zuyyin.. ceewaaaaaahhhh...

Insyallah ade masa saya akan share input2 yang best untuk rujukan koranggg....
Terima kasih sudi membaca penulisan saya yang baru nak merangkak nii...

Kedai Tshirt Printing Murah - RM15/sehelai ( Baju Siap Print )

Assalammualaikum...Alhamdullilah Jumpa lagi kite ye.... Seperti yang di janjikan, hari tu Zuyyin ade tulis tentang kat mana zuyyin tempa...