Thursday, February 21, 2019

Tips Perancangan Family Day Yang Pertama Kali ( Simple & Havoc )

Assalammmualaikum,

Hari ni Zuyyin nak bg tips sikit. Tips bagi sesiapa yang nak merancang FamilyDay yang simple, tapi dalam masa yang sama SANGAT HAVOC. 
Family Pun Happy.
Sebenarnya apa yang penting adalah "FAMILY BONDING TIME". 
Sebab nya, waktu macam ni la yang susah nak dapat.. 
Yang takkan mungkin boleh dapat dalam setiap hari-hari kita. 
Mungkin ade setengah orang, tak tau nak rancang macam mana. 
Ye la bukan senang nak handle all of Family. Masing2 ade peel masing2. 
Ada yang jenis kepala angin, kepala batu, kepala hotak kooo... hahahaha.. 
Taaaaapi pasal peel tu kita letak tepi. Kite redah je...
Ok tak nak bebel pepanjang, sbb zuyyin ni kalau dia bagi keyboard dan masa depan mata, mmg lupe anak & suami... hehehheheeeee



TIPS PERTAMA KALI NAK RANCANG FAMILY



1. SET DATE 

( kalau boleh korang cari la waktu yang memudahkan semua pihak. 

Contoh mcm jumaat sabtu ahad )


2. SET TEMPAT 
( tempat ni korang pilih la ikut kesesuaian. Contoh klu family ade ank kecik, tak kan la nak buat kat kawasan sungai... so cari tempat yang budak2 pun boleh enjoy. Atok nenek boleh duduk relax smbil tgk cucu2 berkejaran... ) 

Kalau zuyyin suka pilih Beach... Kalau ade rezeki lebih, dpt cri private beach lg best..  boleh buat aktiviti ikut sukati kita.Contoh nye boleh buat sukaneka anak2. Game bola anak & ayah.


3. SET PENGINAPAN.

( Penginapan ni kalau nak Budjed korng boleh sewa Homestay,1 rumah, duduk ramai2 berkumpul 1 rumah.. Seronok juga tuuu... Bila nak kemana2 bergerak serentak..Kalau penginapan asing2 ni, nnt yang jenis kepala angin, dibuatnye tak nak join aktiviti.. dia nak duk bilik jee.... parahhh.. hahahahaa..


 Kos penginpan ni nanti korang share la ikut family...contoh 1 rumah rm300/1 mlm.. amk 2 malam = rm600contoh lagiii, korang ade 5 beradik, bahagi kan la rm600 / 5 org = RM120/1 family.. kan ke jimatttt...

4. SET AKTIVITI

( Korang buat la jadual sikit2.. supaya perancangan untuk aktiviti ni berjalan seperti yang di rancang...
Ye la.. kite nak uruskan Family ni x sama macam uruskan keluarga kecil. )


Day 1
Check in - aktiviti bebas


Day 2
  • Breakfast
  • Aktiviti ( korang set la aktiviti yang sesuai ikut family korng.. Kalau ramai anak2 yang tengah membesar, buat la aktiviti untuk anak2. Kalau ramai anak2 muda belia boleh buat aktiviti lasak sikit untuk dorng. Kalau ibu ayah yang sporting buat juga aktiviti untuk ibu ayah. )
  • Lunch ( masak2 kat homstay atau BBQ  )
  • Jalan2 atau buat aktiviti bersama atau Set untuk Dinner ( BBQ )
  • Solat Magrib & Dinner


Day 3
  • Breakfast
  • Aktiviti Bebas Bersama
  • Bergambar beramai2
  • Check Out 

Percaya la, sikit sebanyak Family Day tu jadi Kenangan Terindah.

Hari raya pun tak boleh lawan keseronokan suasana Familyday ni. 

Ikatan Silaturrahim terjaga, masalah negara pun boleh lupa.

Ok la,..kat sini Zuyyin nak tunjuk sikit Percutian FamilyDay yang kami tak plan sangat pun nak buat. 

Kebetulan je, sbb ada abang ipar zuyyin yang suka sangat memukat. 

So yang lain turut join... dalam tak sedar hampir kesemua Family nak join sama.
Maka Terjadilah FamilyDay kami...

Ni Gambar dekat Homstay Bagan Lalang. Masing2 muka tak mandi.. bangun tido kepala tu fikir nak mandi laut je.. pagi2 kami dah turun ke laut.. sbb nnt panas.. budak2 tak dapat mandi lama.



Warming Up dulu... sebab dorng ada yang baru bangun tido, jadi kita bagi dorng semangat sikit.. coach tu pakcik makcik dorng.. hehehehe





Ni Kami buat Lumba Lari, itu yang paling cost... jumpa kayu ranting, terus buat garisan untuk budak2 ni...




Ni team bapak2 lepak.. borak masa depan pembangunan Negara.. hahahahaaAda Gaya Model Majalah Menggo tak???





Ni waktu malam, kitorng beli barang mentah kat kedai berhampiran.. 

Collect2 juga tau nii...



Ni Surprise Birday untuk Bulan December haritu.. 3 orang Family yang sambut, so kita buat sekali...

Terima kasih Sudi membaca.
Next Zuyyin akan cerita kan mana dapat baju2 sedondon tuuuu... tunggguuuuuu!!!


No comments:

Post a Comment

Kedai Tshirt Printing Murah - RM15/sehelai ( Baju Siap Print )

Assalammualaikum...Alhamdullilah Jumpa lagi kite ye.... Seperti yang di janjikan, hari tu Zuyyin ade tulis tentang kat mana zuyyin tempa...